BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 3, 2010

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN (PRAKTIKUM)

PRAKTIKUM:

Nama Sekolah : Sek.Men.Pendidikan Khas Vokasional Seksyen 17, Shah Alam.

Hari Pertama : Hari Isnin (01/02/2010)

- Melapor diri di SMPKV Shah Alam
- Memperkenalkan diri semasa perhimpunan pagi
- Berkenalan dengan Pengetua,Guru Penolong Kanan,Ketua Bidang dan guru-guru lain.
- Sukatan pelajaran diubahsuai mengikut tahap pembelajaran pelajar dan sukatan
pelajaran yang diambil dikaitkan dengan bidang kemahiran mereka
- Mendengar taklimat Pengetua dan Guru Penolong Kanan:
a. SMPKV Shah Alam ialah sekolah pendidikan khas yang lebih memberi penekanan dalam
bidang kemahiran berbanding akademik.
b. Matlamat pelajar pendidikan khas ialah untuk mendapatkan Sijil Kemahiran
Malaysia SKM iaitu kelulusan 'Trampil'.
c. SMPKV ini menyediakan 11 kursus kemahiran seperti kemahiran menjahit, mendandan
rambut, kimpalan, elektrik, pereka grafik,masakan, pembinaan, juru batik,
pemasangan badan motor, dan lain-lain.
- Aktiviti Harian Sekolah:
Isnin & Selasa : Aktiviti Rumah Sukan
Rabu : Hari Kokurikulum (Kelab/Permainan/Unit Beruniform)
- Menerima Jadual Mengajar iaitu perlu mengejar subjek Asas Perdagangan Tingkatan 5
dan Bahasa Malaysia Tingkatan 4.
- menyiapkan RPH untuk Pengajaran Bahasa Malaysia bagi pelajar Tingkatan 4PPM1 untuk
Sub topik Ayat Pesanan.

Hari Kedua : Hari Selasa (02/02/2010)

- Mengajar kelas Tingkatan 4PPM1 untuk sub topik Ayat Pesanan pada jam 1.10-2.30
tengahari.
- Memulakan pengajaran dengan sesi berkenalan.
- Mengajar dengan menggunakan kaedah penyoalan, perbincangan dan meminta pelajar
berlakon.
- Berasaskan proses P&P, didapati terdapat 3 orang pelajar masih lemah untuk
mengenalpasti isi pengajaran.