BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 1 : Tugasan 1 Buku

*APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KAJIAN TINDAKAN ?
TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH IN THE CLASSROOMPENULIS : VIVIENNE BEUMFIELD, ELAINE HALL AND KATE WALLA
Apa itu kajian tindakan?
Kajian tindakan merupakan satu kajian yang timbul/wujud daripada permasaalahan yang diutarakan oleh guru/pengkaji bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di dalam kelas dan hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan, kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)).
Ianya melibatkan 2 proses iaitu:
1. persoalan dan
2. hasil daripada persoalan yang dikemukakanKajian tindakan dilakukan bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui kajian tindakan untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar dan proses pembelajaran.

2. Buku: Action Research For Teacher
By: Mary louise Holly

-Kajian tindakan adalah pelaksanaan kajian yang menyumbang kepada pembinaan satu kajian untuk penambahbaikan dan dalam masa yang sama berorentasikan tindakan.
-Kajian tindakan juga dilihat sebagai pembangunan
profesional

-Ia digunakan sebagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah untuk memperbaiki keadaan sosial dan proses kehidupan di dalam dunia sebenar

CHAPTER 1:
Buku ini meneroka mengapa penyelidikan tindakan adalah penting untuk penambahbaikan dan selari dengan perkembangan masa terkini. kami menggambarkan penyelidikan tindakan baru hasil daripada pengalaman. Buku ini menekankan tiga cabaran pengajar: masyarakat, pembelajaran sepanjang hayat dan transformasi. Hal ini membolehkan mereka mengesan pengalaman-pengalaman mereka dan belajar dengan menguji di luar idea mereka dalam masa yang sama melakukan tindakan.


0 comments: