BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 3: LAPORAN KOLOKIUM DPLI (ii)

TAJUK: MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) MELALUI KAEDAH PERMAINAN DI DALAM KELAS 4 DEDIKASI SMK BANDAR RINCHING.
DISEDIAKAN OLEH: NOR ZIRA BT SHAFIE & NORBAHARIAH BT BAHARIN
*PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
•Pelajar didapati tidak memberi perhatian seratus peratus & malu bertanya
•Pelajar kurang berkeyakinan meluahkan pendapat atau memberi jawapan secara individu apabila disoal di dalam kelas.
•Pelajar lemah dalam aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)
*OBJEKTIF KAJIAN
•Pelajar akan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
•Pelajar lebih berani dan berkeyakinan untuk memberi pendapat atau jawapan apabila disoal di dalam kelas.
•Pelajar dapat mengurangkan perasaaan malu bertanya terhadap isi pengajaran yang tidak difahami
•Pelajar dapat memperkembangkan dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam pembelajaran.
*METODOLOGI
•Model Kemmis dan Mac Taggart (1988) sebagai contoh pelaksanaan tindakan iaitu model 1 : Gelungan Skema kajian Tindakan Berterusan.
•Pergerakan dari Refleksi kepada Merancang kepada Tindakan kepada Memerhati dan akhirnya kembali semula kepada Refleksi
*PENGUMPULAN DATA
• Pre-test, pemerhatian, temu bual, soal selidik, Post-test
*KAEDAH PERMAINAN
• Bola Hikmah - Pelajar yang terakhir memegang bola dikehendaki menjawab soalan
• Dam Ular
• Dart
*ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
•Pre- test
–Lemah dalam bahagian subjektif terutama subjek sains
–Purata markah pelajar yang lulus 40%-45% seramai 7 orang
•Pemerhatian
–Sebelum kaedah permainan dijalankan, pelajar lebih gemar diam atau menjawab ‘tidak tahu’ apabila disoal
–Selepas permainan, pelajar dilihat sudah berani mencuba walaupun kadangkala kurang tepat
•Soal selidik
–32 orang pelajar memberi markah 4(setuju) dengan kaedah permainan yang digunakan
–Responden bersetuju kaedah permainan dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan keyakinan
•Temubual
–Pelajar berpendapat setiap guru sepatutnya menggunakan kaedah ini bagi setiap mata pelajaran dan dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi di dalam kelas
* Apa yang Dapat Dipelajari
• Dapat mempelajari bagaimana kaeadah permainan boleh meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi P & P di dalam bilik darjah.
• Memberi ilham baru kepada para guru untuk lebih kreatif dengan menggunakan kaedah permainan yang pelbagai dan menarik untuk memberi motivasi kepada pelajar dalam proses P & P.
• Penggunaan kaedah permainan ini dapat memberi keseronokkan kepada semua pelajar kerana mereka belajar dalam keadaan tanpa tekanan dan kaedah ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar.

0 comments: