BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS : KONSEP KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN
*Definisi Kajian Tindakan
Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti proses pengajaran & pembelajaran masing-masing.
*Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan
i. untuk meningkatkan pengajarannya atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah.
ii. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
iii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.
*Prinsip Kajian Tindakan
Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah. Walau bagaimanapun data atau bukti yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan diri, tempat atau lokasi yang dijadikan sumber kajian. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk tujuan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti.Proses Menjalankan Kajian TindakanPada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek ) iaitu:
*Proses Kajian Tindakan
Proses 1 Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik
perlu membuat perancangan.
Proses 2 Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani
masalah yang dikenalpasti.Setiap satu masalah yang dikenalpasti
mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.
Proses 3 Memastikan : langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankanaktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )
Proses 4 Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. (contoh: carapenilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru )

Proses 5 Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
Proses 6 Bertindak ( melaksanakan rancangan ) Penyelidik melaksanakan rancangan mengikutapa yang telah dirancang.

Proses 7 Memerhati ( mengumpul bukti )Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.
• Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P
ataurakan sejawat memerhati guru mengajar.
• Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan
perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.
• Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam
bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat.
• Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.
• Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang
diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekod
salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.
Proses 8 Mereflek ( analisa dan refleksi )
• Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga
berlaku sebelum semasa dan selepas kajian.
• Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.
• Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain. ( difikirkan sesuai yang memenuhi piawai analisis )

0 comments: